Wednesday 13 July 2011

PILIHANRAYA MAKTAB | 9 JULAI 2011

Pilihanraya Maktab untuk mencari pelajar yang layak untuk menjadi Badan Kepimpinan Pelajar bagi sesi 2011/2012 telah diadakan pada 9 Julai 2011, Sabtu. Semua Pelajar Diwajibkan untuk turun membuang undi bagi memilih calon yang benar-benar layak untuk menjadi wakil kepada mereka.semoga semua calon yang menang dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab sebaik mungkin.






Monday 11 July 2011

Pesta Tuah Bitara a.k.a Pesta SEM Type 3 | 21 Jun 2011

Pada 21 Jun 2011 telah berlangsungnya PESTA TUAH BITARA yang dulu dikenali sebagai Pesta SEM Type III di dewan Budiman MRSM Muadzam Shah. Tahniah kepada semua pelajar yang telah berjaya menyiapkan projek masing-masing serta pembentangan hasil kerja mereka.






Majlis Sambutan 100 Hari menjelang PMR 2011 | 27 Jun

Gambar - Gambar Program Sambutan 100 Hari menjelang PMR 2011.. Semoga Calon-Calon PMR 2011 akan bejaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan PMR nanti..InsyaAllah



Sunday 10 July 2011

Aktiviti Sepanjang | Tahun 2011






Gambar - Gambar Sepanjang Minggu Aktiviti 2011.








                                    Gambar - Gambar Program KIKS | Pelajar Tingkatan 04 2011









Intro | Segalanya Bermula Disini | MRSM Muadzam Shah

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera. Blog ini dibangunkan untuk berkongsi aktiviti-aktiviti sepanjang tahun di MRSM Muadzam Shah yang telah di tubuhkan sejak 1995 lagi. MRSM Muadzam Shah terletak di lokasi yang begitu strategik dengan keluasan tanah seluas 33.1 ekar di bandar Muadzam Shah dalam Mukim Keratong, Daerah Rompin iaitu 80km dari bandar Segamat, 100km ke Kuala Rompin dan 115km ke Bandar Kuantan.Pada Mulanya MRSM Muadzam Shah di rancang untuk Menengah Rendah sahaja, tetapi perancangan ini di ubah menjadi MRSM Penuh pada tahun 2000. Seramai 136 orang pelajar perintis Tingkatan 1 memulakan pengajian mereka pada bulan Oktober 1995. Kumpulan perintis ini mendapat keputusan 100% di dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah pada tahun 1997 dengan 40 orang pelajar mendapat 8A, 40 orang pelajar mendapat 7A dan selebihnya mendapat 6A. Pengambilan pertama pelajar-pelajar tingkatan 4 adalah seramai 144 orang pada tahun 1999. MRSM Muadzam Shah mencatatkan keputusan 100 peratus di dalam SPM yang di umumkan pada 28 Febuari 2000.Seramai 5 orang mendapat 9A, 10 orang mendapat 8A dan kesemua 144 orang lulus Bahasa Melayu yang melayakkan mereka menerima sijil masing-masing. Pencapaian di dalam mata pelajaran matematik amat membanggakan apabila 130 orang pelajar mendapat 1A.