SEJARAH

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera. Blog ini dibangunkan untuk berkongsi aktiviti-aktiviti sepanjang tahun di MRSM Muadzam Shah yang telah di tubuhkan sejak 1995 lagi. MRSM Muadzam Shah terletak di lokasi yang begitu strategik dengan keluasan tanah seluas 33.1 ekar di bandar Muadzam Shah dalam Mukim Keratong, Daerah Rompin iaitu 80km dari bandar Segamat, 100km ke Kuala Rompin dan 115km ke Bandar Kuantan.Pada Mulanya MRSM Muadzam Shah di rancang untuk Menengah Rendah sahaja, tetapi perancangan ini di ubah menjadi MRSM Penuh pada tahun 2000. Seramai 136 orang pelajar perintis Tingkatan 1 memulakan pengajian mereka pada bulan Oktober 1995. Kumpulan perintis ini mendapat keputusan 100% di dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah pada tahun 1997 dengan 40 orang pelajar mendapat 8A, 40 orang pelajar mendapat 7A dan selebihnya mendapat 6A. Pengambilan pertama pelajar-pelajar tingkatan 4 adalah seramai 144 orang pada tahun 1999. MRSM Muadzam Shah mencatatkan keputusan 100 peratus di dalam SPM yang di umumkan pada 28 Febuari 2000.Seramai 5 orang mendapat 9A, 10 orang mendapat 8A dan kesemua 144 orang lulus Bahasa Melayu yang melayakkan mereka menerima sijil masing-masing. Pencapaian di dalam mata pelajaran matematik amat membanggakan apabila 130 orang pelajar mendapat 1A.

Antara Gambar-gambar sekitar majlis Perasmian MRSM Muadzam Shah pada 31 Mac 2001 oleh KDYMM Sultan Pahang dan Gambar bangunan-bangunan lama di Awal penubuhan MRSM Muadzam Shah .